Starship
7 Syawal
Thursday, July 23 • 2:58 AM • 0 comments

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua ! Apa khabar ? Sihat ? Macam mana dengan puasa ? Terbaikk ? Alhamdulillah, sedar tak sedar dah sebulan kita berpuasa, and kita dah mencuba sedaya upaya mentaati perintah Allah, menjadi hamba Allah sepanjang bulan Ramadhan tahun ni.. So, amalan yang dibuat semasa bulan Ramadhan haruslah dikekalkan hingga ke bulan-bulan yang lain.. Bukan hanya buat masa bulan Ramadhan je.. ISTIQAMAH kawan ! Hehehehe :)

Dan apabila tibanya 1 Syawal, Allah beri hadiah kepada hamba-hambanya yang hadir ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri, iaitu dihapuskan segala dosa-dosanya. Subhanallah ! Okay ! Lepas pegi masjid, kita bermaaf-maafan, kunjung mengunjungi, tidak lupa juga menjamu segala macam juadah Hari Raya. Pagi Raya ni kalau cari jodoh sesuai nii ! Hahaha ! Yang lelaki nya dengan baju melayu sepasang, bersampin, bersongkok, peh hensem ! Yang perempuan nya pulak dengan baju kurung bermacam fesyen, dengan shawl lilit lilit, dengan kasut tinggi, dengan make up, peh cun melecun ! Makanan pulak sampai penuh meja, meja tak muat, kuali atas dapur pun jadi.. Ada lemang, ketupat, kuah kacang, rendang, kuah lodeh, macam2 lah ! Itulah yang dinamakan, 'Hari Raya, Hari Bahagia' nampak dia punya bahagia kat situ..

Tema tahun ni biru. Tapi aku sorang je merah. Takpe, asalkan ada baju. :)

Bila dah puasa, mesti ada raya. Bila dah raya, mesti ada cuti. Bila dah cuti, mesti ada assignments ! Oh no ! Sem 4 punya assignments ni berlambakk wehh.. Bukan satu, bukan dua, tapi lima ! Cuti nak tau berapa hari ? 7 hari je wehh, seminggu je. Sahaja. Okay, bersyukur tetap bersyukur.. Tapi tetap tak cukupp ! Tau tak raya ? Orang nak beraya, dengan assignments nya lagi, gentlee tak cukup. Oleh itu, kita buat cuti sendiri !! Yahoo ! Kesah apa aku. Hahahaha ! Assignment pulak bukan main payahh, tak tidur malam dibuatnya.. Tolong la faham wahai pensyarah2 ku !! Semoga cepat habis wahai sem 4 ! ;')

That's all. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, maafkan segala salah silap saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Taqabballahu minna waminkum. Andddddd, congratulations tu pak su sebab dapat mengislamkan seorang wanita jepun dan mengahwininya.. To aunty Erika, welcome to this family. Saya doakan semoga, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, bahagia hingga ke anak cucu. Konichiwa. Hahaha, sukati aku je..

Esok balik asrama. Lepastu tak balik dah 4 minggu. Semoga tabah wahai hati. 


SOME WORDS!


Hi. Welcome to my blog. My name is Nurul Izzana Zulkifli. 17 years old . Enjoy the story ! |Every tall person , needs a short friends|
About
Stuff
Tagboard

Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Nurul Izzana