Starship
KEMBALIKAN SEMULA
Sunday, June 14 • 3:17 AM • 0 comments

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Haaaaa panjang tu, jawab jangan tak jawab.. hehehe. Alhamdulillah, orang yang jawab salam tadi tu dah dapat pahala. Sebab apa ? Sebab hukum memberi salam itu adalah sunnah, manakala hukum menjawab salam itu adalah WAJIB. Pahe dok wajib ? Wajib pun tak paham ? Takpe, meh aku bgtau. WAJIB tu apabila kita melakukannya dapat pahala, meninggalkannya dapat dosa. Haa, nak pahala tak ? kalau nak pahala, rajin-rajinlah memberi salam dan rajin rajin jugaklah menjawab salam. :) Okay, lain kali aku aku terangkan lagi tentang SALAM.

 Orait orait orait ! Nampak tak tajuk kat atas tuuuu, 'KEMBALIKAN SEMULA' . Kemain kau tajuk nak kencangg je. Hahaha. Tajuk ni dapat ilham daripada tajuk lagu penyanyi AF, Ewal. okay, tu je aku tau. Eh, dah kenapa tetibe kembalikan semula ? Yelah, kembalikan semula blog aku ni... YEAHHHHHHH , I got my blog backkk ! Dah bertahun berabad tak update, tak edit, tak on apa semua. Last pun waktu Form 2, sekarang aku 17 tahun. Ha kira, dah 3 tahun jugak lahh.. Dah tu, asal tetibe harini muncul pulak post aku ? Hm, sebenarnya...

1. PERASAAN
 Ha, aku tetibe mempunyai perasaan hendak membaca blog orang. Aku pun search la blogger yang pemes pemes tu, aku cari blog kawan2 aku macam Zulfah, blog pendakwah macam aiman banna tu, blog Kak Syifa.. aku pun baca lah.. baca baca baca punya baca, seronok lah pulakk.. Baca diorang punya blog, peh menarik jugak. Timbul perasaan nak menaip jugak. Aku pun nak jugakk ! hahaha. Dari situ lah timbulnya, dari? PERASAAN...

2. KARANGAN
 Melalui blog ni jugak, aku boleh memantapkan penulisan aku. Sebab aku ni bukan yang jenis suka sangat tulis karangan. Bila time exam, kering kontang weh ideaa.. Padahal dah banyak membaca kannn. Entah, kena tulis jugak. So, hopefully lepasni insyaallah dapat lah jugak dapat idea buat karangan untuk hantar kat pensyarah tu. Haa, pensyarah kauuuu ! Ehemm.

3. LAPPY BOLEH BAWAK KAT ASRAMA
 Baru-baru ni, TPSA iaitu Tn. Hj. Talaat a.k.a daddy kami, keluarkan surat kebenaran untuk membenarkan para pelajar membawa laptop ke asrama. yahoooooooooo ! hahaha. senang sikit nak buat kerja. sebelum ni, melalak, meraung sebab susah nak siapkan kerja kat asrama, kena balik rumah. Itu pun kalau nak siapkan kat asrama jugak, kena buat surat kebenaran bagi kat warden, pastu masa nak guna limited, kena simpan kat bilik PA. Agak tough jugak la, tapi ada kebaikannya jugak.. Okay lepas ni, mungkin bebas sikit lah kot, sikit je, tak banyak. Tak tau lah warden kami nak buat peraturan lain pulak. Harapnya, tak lah. So, mungkin rajin sikit ah nak menaip, hihihi. :)

4. SEBARKAN DAKWAH
 Hm, yang ni macam pelik sikit. Tapi aku suka. Aku suka kerja2 macam ni. Kerja cari pahala namanya. Dalam al-quran pun ada sebut,
"Wahai orang yang beriman, jika kamu bantu agama Allah pasti Allah akan membantu kamu dan akan menjadikan kaki-kaki kamu kukuh dihadapan musuh kamu”.( Surah Muhammad : ayat 7).
Insyaallah, aku pelajari ilmu agama kat asrama, lepastu aku kongsi kat sini. Yela, kata nak masuk syurga sama sama.. hehehe. Takpe, kita hijrah slow slow. ;)

 Okay, sebab tu laaaaa ! munasabah tak munasabah ? *angkat kening* First entry untuk tahun ni, tu jelah aku nak cerita. Ni pun dah pukul berapa dah ni, esok nak balik asrama dah. Yesss, masa yang ditunggu tunggu telah tiba !! Tashabar nya akuu.. Aku lah orang paling eksaited nak balik asrama. Kisah apa ? :p Haha, aku ni memang, memang suka stay up sebelum balik asrama, sebab kat asrama tak boleh stay up. Lagi satu, alhamdulillah naik cuti ni aku dah masuk sem 4. Tak sangka. Doakan saya yang terbaik ehh. Sayang semua, muahh ! Tu je. Okay dah. Bhoii ! 


Assalammualaikum.

SOME WORDS!


Hi. Welcome to my blog. My name is Nurul Izzana Zulkifli. 17 years old . Enjoy the story ! |Every tall person , needs a short friends|
About
Stuff
Tagboard

Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Nurul Izzana